Di sebalik pelancaran iOS 14, para pereka ikon dilihat sangat aktif dalam menghasilkan ikon yang menarik untuk digunakan ramai. Di sebalik lambakan ikon yang tersedia, siapa sangka ikon hasil @traf antara yang menjadi pilihan YouTuber yang popular dalam bidang gadget iaitu MKBHD sekaligus membuatkan para penonton beliau turut mencubanya.
Siapa sangka, menurut perkongsian terbaru daripada MKBHD, @traf berjaya menghasilkan lebih $100,000 (RM413,880) seminggu selepas dikongsikan YouTuber ini.
Apa yang lebih menarik, @Traf yang menerima durian runtuh ini mengatakan ikon yang dihasilkan cuma memerlukan dua jam untuk disiapkan. Beliau yang menjual ikon keluarannya dengan harga $28 (RM115.90) ini turut berkongsi dimana beliau mula menghasilkan ikon buat aplikasi bermula sejak 2013 lagi.
“Sekiranya saya melakukan ini sepenuhnya untuk tujuan menjana wang, saya yakin ia tidak akan berjaya seperti yang dilakukannya. Teruskan melakukan apa yang anda sukai, kongsi ia dengan dunia, dan biarkan internet menguruskan selebihnya,”
– @Traf
Anda yang berminat untuk menggunakan ikon daripada @Traf pada peranti iOS 14 boleh klik di sini untuk mencubanya.