Ujar Nabila, dia akan lebih berhati-hati dengan penampilannya sebagai wanita muslimah pada masa akan datang.
“Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.
“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah,”
– Nabila Razali
Dalam pada itu Nabila juga turut memberi kata-kata semangat kepada Tiktokers dikenali sebagai Suekhaizar yang kini menerima kecaman selepas muncul dengan single pertama berjudul Aku Budak Girl.
Suekhaizar teruk dikecam netizen kerana dikatakan tidak memiliki vokal yang baik untuk bergelar penyanyi sungguhpun lirik video lagunya itu kini ditonton lebih dua juta tontonan di YouTube.
Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan cara pemakaian pasti akan menjadi perhatian ramai. Jika ada serba tak kena dimata netizen, pasti akan dikritik.
Baru-baru ini, Nabila Razali ada memuat naik gambarnya memakai busana rona biru. Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan panampilannya yang bertudung singkat.
Peminatnya turut menegur pemakaian tudung Nabila yang semakin senteng serta meminta untuk melabuhkannya. Kata peminat lagi, Nabila lebih cantik jika melabuhkan tudung dipakainya.
Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. †(An-Nur : 31)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.†(Surah An-Nur, 31)
*Sumber: mStar Online