MAXIS MENYAMBUT PARA PELANGGAN PERTAMA PERKHIDMATAN 4G LTE DENGAN GANJARAN ISTIMEWA
[dropcap]M[/dropcap]axis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, menyambut empat pelanggan bertuah yang merupakan antara yang pertama mendaftar untuk perkhidmatan 4G Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution – LTE) atau 4G LTE dengan memberi ganjaran istimewa. Sentiasa di hadapan dengan teknologi terbaru, Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama yang melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia, dengan memperkenalkan perkhidmatan baru tersebut kepada pelanggan tepat pada jam 12 pagi pada 1 Januari 2013.
[pullquote align=”right”]Maxis, syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelanggan perkhidmatan 4G LTE, memberi ganjaran kepada empat pelanggan bertuah yang merupakan antara yang pertama untuk mendaftar[/pullquote]
Encik Subas Chandran, 45, yang mendaftar untuk perkhidmatan tersebut di Pusat Maxis di Taman Tun Dr Ismail berkata, “Saya mahu menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk mengalami kelajuan 4G. Selepas menggunakan ia untuk hanya tiga hari, saya berani mengatakan bahawa saya benar-benar dapat merasakan perbezaannya berbanding dengan 3.5G. Saya menonton YouTube dan video muzik sementara menunggu untuk mengambil anak saya dari sekolah – aliran (streaming) adalah sangat lancar dan mengambil masa beberapa saat sahaja.”
Encik Subas adalah antara empat pelanggan bertuah yang menerima saguhati eksklusif dari Maxis semata-mata kerana mendaftar untuk perkhidmatan 4G LTE di Maxis. Mereka menerima hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan dari Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Mark Dioguardi.
[pullquote]Melalui 4G LTE, pelanggan akan menikmati kelajuan internet yang tinggi sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30Mbps[/pullquote]
Mark berkata:
“Di Maxis, kami faham bahawa pengguna sentiasa mencari kelajuan yang lebih pantas dan perkhidmatan yang boleh dipercayai untuk pengalaman internet lebih menyeronokkan. Kami bangga untuk menjadi yang pertama untuk menawarkan para pelanggan kami keistimewaan mengalami akses internet yang paling pantas, yang seterusnya akan membolehkan mereka menikmati pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun antara lima dan sepuluh kali lebih pantas daripada 3G, aliran video definisi tinggi (high definition – HD) licin dan permainan tanpa lagi.”
“Kami gembira dengan sambutan daripada pelanggan untuk tawaran 4G LTE kami pada minggu pertama sejak pelancarannya, dan kami komited untuk melancarkan perkhidmatan ini ke lebih lagi lokasi di seluruh Lembah Klang tidak lama lagi.”
Seorang lagi pelanggan, Encik Tey Leng Seng, 43, yang telah menjadi pelanggan setia Maxis sejak lima tahun yang lalu, juga tidak sabar untuk mengalami 4G LTE.
“Saya telah menggunakan pascabayar Maxis dan jalur lebar sepanjang masa ini dan sentiasa berpuas hati dengan kelajuan dan liputan. Saya telah mendengar pelbagai perkara mengenai teknologi baru ini dan saya ingin mencubanya, tetapi saya fikir anak-anak saya akan paling teruja kerana mereka sentiasa melayari internet dan bermain permainan secara online.”
Encik Shamsul Kamal bin Roslan, 40, bersetuju.
“Saya telah menjadi pelanggan pascabayar Maxis selama sepuluh tahun tetapi saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan jalur lebar sebelum ini. Ini akan menjadi pengalaman pertama saya dan saya berharap untuk menggunakannya untuk meningkatkan kecekapan kerja saya, kerana 4G adalah lebih pantas dan akan mengambil masa yang cepat untuk memuat turun dan memproses data.”
Perkhidmatan 4G LTE Maxis, yang disalurkan melalui rangkaian 4G “sebenar” pertama di Malaysia, kini boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya. Pelanggan boleh melawat Pusat Maxis di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail semasa waktu operasi biasa untuk melanggan mana-mana pakej Jalur Lebar Wayarles bermula dari RM88 sebulan untuk menikmati perkhidmatan LTE.
[pullquote align=”right”]Maxis melancarkan perkhidmatan 4G LTE tepat pada jam 12 pagi pada 1 Januari 2013[/pullquote]
Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution – LTE), juga dikenali sebagai 4G LTE, adalah satu standard untuk komunikasi wayarles data kelajuan tinggi. LTE adalah rangkaian generasi akan datang di luar 3G, dengan kapasiti yang lebih tinggi dan kelajuan wayarles untuk memenuhi permintaan untuk sambungan kelajuan tinggi, dan keupayaan untuk memuat naik dan memuat turun fail-fail data yang besar. LTE adalah yang paling cepat, dan lebih penting lagi, satu-satunya standard 4G global yang memastikan bahawa ekosistem yang kaya jalur lebar, mudah alih dan peranti tablet boleh didapati.
Perkhidmatan 4G LTE Maxis akan menawarkan kelajuan muat turun 10 kali lebih pantas daripada 3G dan berjalan lancar dengan rangkaian 3G HSPA+ sedia ada. Rangkaian 3G / HSPA+ Maxis sudah menawarkan kelajuan sehingga 21Mbps, dan 81% liputan penduduk dari 5,200 tapak. Manakala, rangkaian pembawa duaan HSPA+ mempunyai 3,500 tapak merentasi bandar-bandar utama di seluruh negara dan menyokong kelajuan sehingga 42Mbps. Ini bermakna para pelanggan boleh terus menikmati peranti 4G LTE mereka walaupun apabila berada di luar kawasan 4G LTE.
Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia yang menamatkan ujian LTE yang meluas. Syarikat telah menjalankan ujian percubaan 4G LTE selama dua tahun dan menjalankan ujian kerjasama LTE yang luas dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersial, dan telah mendapat pembelajaran yang penting dalam perancangan reka bentuk, perancangan dan pengoptimuman rangkaian 4G LTE.