Baru-baru ini, Budiey berpeluang merasai pengalaman eksklusif di Game On Themepark, taman tema dalaman terbesar di Melawati Mall. Dibuka bertepatan dengan musim perayaan Krismas dan Tahun Baru, taman tema ini menjadi destinasi wajib untuk semua, tak kira usia.
Menariknya, saya turut ditemani selebriti popular seperti Alyssa Dezek, Agy, Rezza Shah, Erul Samah, dan Kashika. Serius, pengalaman ini sangat mengujakan!
Hangout Bersama Selebriti di Game On Themepark
Dari luar Melawati Mall lagi dah dapat rasa suasana dah cukup meriah. Dekorasi bertemakan Krismas berwarna-warni dan muzik ceria menyambut pengunjung.
Game On Themepark pula berada di Tingkat 6 Melawati Mall, senang je nak cari. Budiey sarankan korang boleh parking kereta di bahagian North Melawati Mall. Dekorasi kat taman tema ni Budiey suka sangat dan yang paling penting siap dengan pelbagai tarikan menarik yang membuatkan saya rasa macam budak kecil semula. Saya sempat mencuba hampir semua aktiviti untuk orang dewasa yang lasak dan jujurnya, ia sangat berbaloi!
Tarikan Hebat di Game On Themepark
Taman tema ini menawarkan 10 tarikan unik yang direka khas untuk hiburan keluarga dan rakan-rakan. Antara yang wajib cuba:
- Ninja Challenge: Percayalah, halangan ini memang menguji stamina dan ketangkasan. Kalau korang peminat aktiviti fizikal, jangan lepaskan peluang mencuba.
- Sing On: Inilah tempat karaoke yang super fun! Saya sempat berduet dengan Rezza Shah menyanyikan lagu Bintang. Memang gamat suasana!
- Let’s Jump: Trampolin gergasi ini sesuai untuk lepaskan stress sambil berseronok. Memang penat, tapi puas hati!
- E-Sports Gaming Portal: Kalau korang peminat permainan video, ini syurga korang. Dengan pelbagai game terkini, waktu rasa macam berlalu sekejap saja.
- Bubble Bang & Imagination Playland: Tarikan ini sangat sesuai untuk si kecil. Warna-warni dan konsep kreatifnya pasti membuatkan mereka leka.
- Bullring Challenge: Aktiviti penuh adrenalin di mana korang cuba bertahan di atas mesin lembu mekanikal. Seronok sampai saya gelak tak berhenti!
Setiap tarikan direka dengan teliti untuk memberi pengalaman unik, bukan sahaja kepada anak-anak, malah kepada golongan dewasa seperti Budiey.
Pengalaman Bersama Selebriti: Memang Have Fun!
Waktu saya mencuba aktiviti Dodge Dash Challenge, pertandingan bertemakan dodgeball, saya bergabung dengan Kashika melawan pasukan Alyssa Dezek dan Agy. Keadaan jadi sangat kelakar bila kami masing-masing cuba ‘mengelak’ bola sambil terjerit-jerit. Tambah menarik, ada permainan pukul pukul manja dan kami seronok la jatuh jatuh tapi comfirm selamat taman tema ini macam ni dah diakui sesuai untuk anda yang suka aktiviti lasak. Pengalaman ini membuatkan semua terasa rapat, macam hangout dengan kawan-kawan lama.
Selepas puas bermain, kami lepak di kawasan ARCADE BATTLE. Di sini, saya sempat cabar Alyssa dalam beberapa permainan arcade klasik. Jangan main-main, Alyssa memang ‘pro gamer’! Ohya, kalau korang rasa lapar, jangan lupa untuk mencuba masakan yang sedap di Game On Makan yang disediakan.
Kempen Krismas Sweetsville yang Meriah
Selain Game On Themepark, Melawati Mall juga menganjurkan kempen Krismas Sweetsville dengan pelbagai aktiviti menarik. Ada persembahan carol Krismas, bengkel kreatif untuk kanak-kanak, dan Aiskrim Wall’s percuma yang menjadi kegemaran ramai. Tak lupa juga, pelbagai ganjaran membeli-belah seperti MM Christmas Mug eksklusif dan peluang memenangi hadiah menarik seperti iPhone 16 Pro dalam Shop & Win Lucky Draw.
Makanan Lazat dan Destinasi Membeli-Belah
Selesai bermain, kami menjamu selera di Golden Valley yang menawarkan masakan Cina Muslim asli. Kalau nak makanan ringan, jangan lupa singgah di Chizu untuk minuman yang unik. Selain itu, QCC Baked juga menjadi kegemaran ramai dengan tart telur dan pencuci mulut berasaskan yogurt.
Untuk sesi membeli-belah, Melawati Mall memang lokasi strategik. Ada pelbagai jenama popular seperti Uniqlo, Skechers, dan PUMA. Korang boleh cari apa sahaja yang diperlukan, semuanya ada di sini.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa, Game On Themepark dan kempen Christmas Sweetsville benar-benar menghidupkan semangat Krismas tahun ini. Sama ada korang nak berhibur, membeli-belah, atau sekadar lepak bersama keluarga, Melawati Mall adalah destinasi ideal.
Jadi, tunggu apa lagi? Bawa keluarga, rakan, atau pasangan ke Melawati Mall dan alami sendiri magis Krismas yang unik ini. Percayalah, korang pasti akan mencipta memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila!