Pada minggu lalu, antara agenda utama yang menjadi tumpuan media ialah Sidang Media Konsert Suara Kita yang menampilkan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira. Hampir penuh dewan Seri Nilam, Istana Budaya dengan kehadiran para media yang hadir untuk buat liputan.
Ketiga-tiga artis terlibat sangat teruja dan tak sabar untuk buat persembahan di depan peminat mereka. Begitu juga dengan Ziana yang berkata dia teruja saat Awie mengemukan idea projek tersebut kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila peminat berjumpa dan memberitahu beliau yang mereka seronok bila menonton kembali filem-filem lakonannya seperti Sembilu, Sembilu 2 dan Maria Mariana.
“Selama ni ada ramai peminat beritahhu saya mereka seronok bila filem macam Sembilu atau Maria Mariana diulang tayang di TV. Ramai juga yang minta untuk kami bertiga kembali semula ke layar perak. Jadi dengan adanya konsert ini, sekurang-kurangnya mengubat rindu dan mengembalikan semula nostalgia mereka. Saya pun sebenarnya seronok dan tak sabar nak mulakan sesi latihan. Rasa rindu nak berkumpul dengan kawan-kawan. Jadi, ini juga boleh dikira sebagai reunion kami bertiga iaitu saya, Awie dan Erra Fazira. Babak paling saya tak sabar sekali babak saya peluk Awie. Tapi tak tahu lagi sama ada pengarah Eirma Fatimah akan selitkan babak itu atau tidak.”
Konsert Teaterikal Suara Kita akan berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan itu, di Istana Budaya. Berlangsung selama 2 jam 30 minit akan memanifestasikan semula sedutan babak-babak dari filem #Sembilu #Sembilu2 #TragediOktober #MariaMariana2 dan #Merah sebagai teras dan latar penceritaan.