Akhirnya setelah tiga bulan berhempas pulas mengadakan kempen, memerah idea dan menggesa peminatnya bagi cadangan untuk bikin muzik video lagu Sparkle, Yuna Zarai telah pun berjaya menyiapkannya dan semalam, satu majlis prebiu dan pelancaran muzik video terbaru Yuna dilancarkan.
Bertempat di DELIcious, Marc Residence, Jalan Pinang, majlis ini dihadiri oleh ramai media. Mungkin ini adalah pertama kali kemunculan beliau selepas pulang dari USA dan sejurus selepas itu, berlaku aksiden yang tak diingini di mana kereta Yuna telah dipecah masuk.
Yang menjadi sejarahnya, muzik video ini adalah yang pertama dihasilkan dengan menggunakan Samsung Galaxy Note.
Untuk lebih senang, apa kata korang tonton sendiri video klip Sparkle yang dihasilkan. Sangat unik sebab idea macam ni Budiey rasa agak kreatif di mana sebanyak 7 latar berbeza dibuat dan Yuna berpindah dari satu latar ke satu latar tanpa henti. Haa… cool giler.
Yuna berkata dia berasa bangga dengan klip video lagu terbarunya itu yang diilhamkan menerusi The Sparkle Project dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note.
“Ini adalah klip video terbaik dan terbesar daripada saya setakat ini. Saya sangat suka dan puas hati dengan hasilnya kerana ia dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar. Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan hasilnya selepas melihat klip video itu.”
Budiey dengan terlancarnya muzik video terbaru ini menjadikan aura Yuna Zarai makin dikenali dan lebih popular selepas ini kerana pengguna Samsung Galaxy Note akan turut menonton video ini.