Tepat jam 11.40 pagi, pelakon popular Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynaz) 25 tahun telah diijabkabulkan dengan Mohd Hafizi (Fizy) Mohd Hafiz 36, di rumahnya. Majlis tertutup dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamed, dan hanya dengan sekali lafaz Dynaz sah bergelar isteri Fizy. Pelakon Kayangan ini kelihatan anggun bergaya mengenakan kebaya lace klasik rekaan Calvin Thoo.
Kasut ala-cindarella yang dipakai Dynaz pada hari pernikahannya juga merupakan sentuhan Calvin Thoo yang juga teman baik kepada pelakon tinggi lampai ini. Pada majlis sederhana tetapi meriah ini, Dynaz telah menerima mas kahwin RM1001 dan wang hantaran RM15,000 daripada suaminya, Fizy.
Kredit Gambar: Utusan Malaysia
Fizy mengucup dahi isteri tercinta, Dynaz ketika upacara membatalkan air sembahyang (Foto Utusan)
Majlis membatalkan air sembahyang berlangsung sejurus selepas Fizy menunaikan solat sunat syukur memohon restu yang Maha Esa memberkati ikatan suci yang baru dibina bersama isteri tercinta. Fizy memberikan isterinya sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas hantaran daripada pihak perempuan.
Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah tas tangan jenama Luis Vuitton serta kasut tumit tinggi jenama Gucci, dua pasang kain kebaya, cincin dan rantai pemberian ibu Fizy, set barang kemas jenama Aigner, pewangi jenama Marc Jacob, Telekung, sejadah dan senaskhah Al-Quran.
Sementara itu, hantaran balas daripada pihak perempuan adalah sepasang baju Melayu, kain songket, sejadah, dompet dan tali pinggang jenama Gucci, kasut jenama Gucci, pewangi YSL, sepasang sut, topi keledar jenama ARAI dari Jepun, jam tangan Brietling, cincin jenama De Jam, sebiji kek dan dulang mengandungi buah strawberi.
Dynaz yang ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa terharu dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar dan baginya Fizy adalah jejaka yang istimewa di hatinya. Kerana kesibukan kerja pasangan ini terpaksa menangguhkan impian bulan madu mereka untuk seketika
Pasangan ini akan bersanding secara tertutup di kediaman Dynaz di Seksyen 9, Shah Alam malam ini, manakala sebuah majlis resepsi lagi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22 Mac ini. Kedua-dua mempelai ini hanya bakal berbulan madu di Pulau Boracay, Filipina pada bulan April nanti. – [sumber]
Kredit Gambar: Utusan Malaysia
[tags]wedding dynaz, perkahwinan dinas, gambar dinaz kahwin, blog wedding, bridal top, dynaz nikah, fizi dynaz kahwin, calvin thoo, wang hantaran dynas, fizy pelumba kereta, racer wedding, gambar dynaz bersanding, filem stamp, de jam, trailer film stamp, gossip julia yusry[/tags]