in ,

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

[dropcap]S[/dropcap]emalam, semasa Budiey asyik meninjau suasana di Festival Belia 2013 di Putrajaya yang sangat happening, Budiey ada nampak gambar telah tersebar di laman sosial seantero Malaya, gambar penceramah bebas tersohor, Ustaz Azhar Idrus bernikah kali ketiga di Hulu Klang, Gombak pada jam 11.52 pagi. Wah, hebat Ustak kitew o’. Nikoh tigew. Comey comey, tak pe ah, ustaz mampu zahir dan batin. Rezeki ustaz pun muroh. Tahniah Ustaz, syukur, selamat pengantin baru buat isteri ketiga Ustaz.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

Di ruangan komen, Budiey dapati berita ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak dek kerana beliau berkahwin dengan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar. Di Facebook, Budiey ada baca macam-macam ayat yang negatif dan rasanya tak patut dizahir oleh seorang yang mengaku dirinya Muslim.

Hidup ini semuanya dirancang oleh Tuhan. Jika dah tertulis Ustaz Azhar berkawin 4 sekali pun, itu jodoh yang dah tertulis dan ditetap oleh Allah. Tak perlu kot kita pula menghina perancangan Allah seolah-olah kita ni hebat sangat merancang dari Allah.

Berita tentang perkahwinan penceramah ini juga telah disiarkan dalam akhbar pada hari ini. Sah, Ustaz Azhar Idrus nikah kali ketiga dengan seorang gadis bernama Izyan pada pagi semalam dan turut ditemani oleh isteri pertama dan kedua, Rogayah Sulong, 42 tahun dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26 tahun

Azhar berjubah warna kelabu segak berkopiah nampak ceria melayan tetamu, kenalan dan sanak saudara yang hadir.

Penyanyi irama ketuhanan, Hafiz Hamidun juga turut hadir di majlis tersebut dan menyebarkan gambar di Instagram miliknya dan mengatakan isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, berusia 27 tahun dan berasal dari Johor, tapi kini menetap di Keramat.

Menurut Berita Harian, pembantu peribadi Azhar yang dikenali sebagai Lukman mengesahkan majlis pernikahan penceramah bebas itu.

“Ya, begitulah kebenaran, tetapi saya minta maaf sebab Ustaz tak mahu menghebahkan perkara ini. Tambahan pula saya tak boleh bercakap panjang kerana memegang amanah Ustaz.”

Ustaz Azhar Idrus adalah penceramah bebas terkenal dengan jenaka spontannya yang melucukan dalam ceramah di kaca TV dan boleh ditonton melalui Youtube, berasal dari Kuala Terengganu dan terbabit dengan ceramah di kaca TV dan turut hadir di ceramah politik sejak 20 tahun lalu.

Bila dengar berita pasal ustaz nikah tiga ni, tiba-tiba teringat kata-kata ustaz, “Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel tak pe, boleh tutup lampu.” Kelakor ustaz!

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga

th-1

th-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setia City Mall Celebrates 1 Year Anniversary With Community

Top Up And Win Samsung Galaxy S4