[dropcap]B[/dropcap]udiey dah pun menonton filem Life of Pi beberapa hari yang lalu di TGV Wangsa Walk bersama keluarga. Bagi yang suka dengan senimatografi, memang puas hati menonton filem ini. Walaupun demikian, ramai pula yang mengatakan beberapa scene dalam filem ini dikatakan meleret dan membosankan. Kalau tanya Budiey, garapan cerita dalam filem ini sangat menarik kerana ia diceritakan melalui penceritaan.
Gambar Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah Menonton Filem Life of Pi
[pullquote align=”right”]Dari awal sehinggalah segala rahsia hidup Pi terbongkar, filem ini tidaklah menjemu sangat jika anda tahu menilai plot penceritaannya[/pullquote]
Baru-baru ini, telah diadakan majlis malam gala anjuran Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) di TGV Cinemas, Sunway Pyramid.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah mantan Perdana Menteri kita, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah meluangkan masa sama-sama menonton karya bikinann pengarah Ang Lee itu. Turut hadir, YB. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato’ Mukhriz Mahathir.
Lebih membanggakan sebahagiannya daripada filem menggunapakai kepakaran produksi Malaysia. Kesan visual Life of Pie dihasilkanoleh tenaga filem berbakat besar Malaysia iaitu Rhythm & Hues (R & H) Maysia – studio Antarabangsa MSC CGI dan VFX yang berpangkalan di Cyberjaya.
Tahniah kerana menjadikan Malaysia di sebut-sebut di peringkat antarabangsa.
Lagi foto sekitar mala gala Life of Pi :