Waktu majlis sidang media dan Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium petang tadi, Budiey ada nampak ramai jugak la fotografer ambik gambar sepasang kekasih ni, Tony Eusoff dan juga bekas PR ntv7 yang lawa lagi seksi, Dawn Jeremiah. Budiey pun join la sekali, ambik gambar. Ingat ke diorang ni nak buat featuring ke apa ke. Tapi korek punya korek, Tony dan Dawn ni rupanya loving couple.
Hubungan pasangan romantik ini mula berputik selepas membintangi Sadiq & Co dan semakin serius awal tahun lalu. Adat berkasih dengan insan popular, Dawn tidak menafikan banyak gangguan terpaksa ditelan. Namun berkat kesabaran dan kejujuran, cabaran itu dapat dihadapi dengan tenang.
“Ada juga peminat Tony melemparkan kata-kata menyakitkan hati, tetapi saya pekakkan telinga. Tiada istilah cemburu atau sangsi dalam hubungan kami kerana saya yakin dengan kejujuran Tony. Dia suka berterus-terang, malah sebelum melakukan sesuatu perkara, dia akan memberitahu saya terlebih dulu. Saya senang dengan sikap Tony yang penyayang, kelakar dan mengambil berat. Dia juga berpengetahuan luas dan fasih bertutur banyak bahasa, termasuk Inggeris, Melayu, Mandarin, Kantonis, Bidayuh, Sabah dan Sarawak. Bercakap dengannya tidak pernah buat saya rasa bosan. Mungkin kerana kami banyak persamaan, baik daripada segi sikap mahupun falsafah hidup,†kata Dawn yang sangat memahami jadual padat Tony dan sesekali singgah ke lokasi penggambaran untuk menjenguk buah hatinya.
Sebenarnya, Budiey tak tahu pun diorang ni dah pun dua tahun bercinta. Budiey kenal Dawn Jeremiah rasanya dah lama, tapi tak pernah tanya tentang personal dirinya. Dawn yang dulunya pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008 juga pernah hadir di Parti Ulangtahun Sensasi Selebriti ke-2 di Berjaya Times Square, kira banyak jugak Dawn tolong kasi bahan dari ntv7. Tapi dengar-dengarnya, Dawn dah bertukar angin dan bekerja dengan stesen TV popular untuk mengendalikan satu channel TV baru. Good luck, Dawn!
Cuma, Budiey nak ucap selamat berbahagia kepada pasangan ini. Semoga cinta korang berputik hingga ke ujung nyawa.
Pasangan ceria
Merpati dua sejoli
Ehem ehem…