Meriah dan 1Malaysia! Itulah yang boleh Budiey gambarkan kepada pembaca budiman semua. Satu lagi nak tambah, padat dengan selebriti! Dari selebriti sukan, politik, bisnes hinggalah selebriti dunia hiburan… ada berhimpun meraikan festival, membina ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim. Malah, Budiey boleh katakan, Rumah Terbuka Media Prima kali ini lebih meriah daripada tahun lalu. Apatah lagi, hari ini sambutannya berganda: Aidilfitri + Deepavali.
Siang tadi jam 3 petang, perkarangan Sri Pentas TV3, Pesiaran Bandar Utama, Petaling Jaya agak sesak dibanjiri masyarakat pelbagai kaum dengan kemeriahan 1Malaysia. Macam-macam juadah dihidangkan untuk semua tetamu, siap ada Anugerah Gerai Terbaik yang disertai oleh semua jabatan Media Prima.
Antara tetamu VVIP yang turut hadir pada petang tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid. Penyanyi popular ini juga sempat menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu raya yang mana Budiey dah rakam. Tinggal nak upload aje lagi ni.
Memang lawa jugak baju kurung yang dipakai Siti. Berkonsepkan flora-flora cinta berlatar warna putih yang meriah dengan warna merah dan ungu terang merona. Walaupun ringkas, busana ini memang sesuai dengan suasana yang ceria lagi meriah.
Sebagaimana yang pernah Budiey khabarkan, Dato’ Siti Nurhaliza akan mengadakan Konsert SERIBU WARNA di Shah Alam pada 14 Nov 2009 di Stadium Melawati Shah Alam. Khabarnya, Budiey dapat tahu hanya 4 ribu tiket sahaja akan dijual. Mmm… macam sikit aje kan? Tapi harapan Siti Nurhaliza agar semua yang datang nanti berpuas hati.
Ini gambar Dato’ Siti Nurhaliza berada di pentas bersama dengan pengacara TV3.
Kemudian, Budiey ikut Siti Nurhaliza ke belakang pentas untuk ditemubual oleh NTV7 dan TV9.
Kat sini pun, dah ramai peminat datang mengerumuni Siti untuk bergambar. Masa Siti berjalan untuk ke tempat wartawan TV9, Siti bertembung dengan grup nasyid Rabbani.
Mesti diorang ni tanya pasal Konsert… mmm… tunggu jelah, pengumuman rasmi Siti di sidang media Konsert SERIBU WARNA pada hari Rabu ini.