Semalam, semasa sedang sibuk bersembang dan beramah mesra dengan penerbit filem, Wan Noraini di Restoran Picolo Mondo, Mid Valley, Budiey terlihat kelibat sepasang suami isteri bersama anak perempuan sedang makan di satu penjuru.
Budiey lihat macam familiar je pasangan ini. Bila diamati, barulah Budiey kenal lelaki ini… bekas penyanyi kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dengan anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Taib, Noor Diyana (Nana). Sein juga pernah mengacara Beat TV bersama Dynaz & Sazzy. Kalau korang masih ingat isteri Sein, Nana menjadi anggota kumpulan FO3 (Mentor). Kalau tak silap Budiey, diorang kahwin pada Julai 2006 dan persandingan mereka di Dewan Perdana Felda. Pasangan ini tampak bahagia dan ceria apabila didekati oleh jurufoto dan wartawan yang turut berada di situ.
Tapi kan, korang tengok betul-betul kesan lebam di mata kiri Syed Hussain… kenapa agaknya ya?
Ini gambar masa majlis persandingan mereka: