Semalam, telah berlangsung Majlis Prebiu Media filem Budak Kelantan di Cineileisure, Damansara Utama pada jam 3 petang. Turut hadir adalah para pelakon utama termasuklah penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang telah menjalani pembedahan jantung berlubang pada 8 Januari lalu.
Pembedahan yang dibiayai oleh PERGERAKAN PEMUDA UMNO sebanyak RM25,000 itu sebenarnya telah memberi kesan sampingan kepada badan Bienda di mana badan Bienda menjadi lebih gemuk sedikit. Kata ibu Bienda, pada permulaannya Bienda tidak dapat makan sebab selalu muntah-muntah. Jadi, sekarang ini Bienda sedang berusaha untuk menguruskan sedikit badannya. Budiey lihat memang nampak ketara di bahagian pipi Bienda yang dah nampak montel. Semoga Bienda semakin sihat adanya.
Anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda atau nama sebenarnya Rashidah Hamid ini juga akan turut mempromosikan filem pertama lakonannya Budak Kelantan dan akan kembali menyanyi. Bienda ditemani oleh ibunya, Kak Sheeda dan adik bongsunya, nampak ceria ketika berborak dengan Budiey. Budiey kecek kelate jah dengan Bienda…
Lakonan pertama Bienda dalam filem Budak Kelantan kira bolehlah… tapi kena pertingkatkan lagi agar nampak tidak terlalu kaku sangat. Apa-apa pun, satu lakonan yang bagus! Good luck, Bienda!
Comel kan pipi dia?
Serba hitam, tampil elegan
Sopan dan manis
Minum tea tarik kak? Mmm, bila nak bertudung macam Bienda?
Sweet, kan?