Lama tak tengok pemenang ke-3 AF5, Aswad yang pernah dikatakan ‘sangat kayu’ menari dalam AF. Peminat AF pun rasanya dah ingat-ingat lupa dengan Aswad. Tup-tup dah kawin pun. Bini Aswad, Nur Ilina Mohd Tahir dah mengandung 3 bulan. Tahniah la Aswad! Tak lama lagi jadi bapa.
Setelah berpijak di bumi realiti dunia hiburan yang sangat tenat, bagi Aswad sangat membosankan. Apa tak nya, show pun dapat 1-2 aje dalam sebulan. Kadang-kadang takde langsung. Itulah nasib yang Budiey rasa bukan dirasai oleh Aswad tapi bintang program realiti yang lain. Betul orang kata, bukan senang nak senang.
Namun, berbekalkan semangat Malaysia Boleh, Aswad kembali dengan single terbaru berjudul Nurkasih dan Akulah Bayangmu ciptaan Yankee. RM5,000 dilaburkan untuk buat single ini. Aswad harap ianya satu pelaburan yang mendatangkan hasil. Bagi Aswad ini adalah jalan yang terakhir. Sekiranya, lagu tidak popular dan tak diterima masyarakat, Aswad katanya mahu merajuk dan mahu tarik diri dari dunia hiburan.
Selain jual single di internet, Aswad akan memasarkan sendiri dan harap stesen radio memutarkan lagunya.
Bagi Budiey bumi Tuhan ini sangat luas. Banyak lagi kerja yang boleh buat duit berjuta, Aswad. Contoh terdekat, ada yang jadi jutawan dengan hanya menulis blog (bukan Budiey tapi blogger dari Hollywood) dan yang sering kita dengan ada yang bermewahan dengan hanya join MLM (Jualan Langsung).
Semoga karier Aswad terus berkembang. Nak juga dengar lagu single Aswad ni, best ke tak?
Budiey: Kesal dengan kejadian gereja dibakar. Rasa macam Malaysia kita dah tak selamat lagi. Masing-masing duk tuding menuding, siapa salah.