Gambar Tasha Shila di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara
Baru sahaja berlangsung sekejap saje tadi, Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara dan Budiey dipertemukan sekali lagi dengan pelakon drama yang meningkat naik, Tasha Shilla.
Tasha Shilla mengidamkan konsep warna putih persis puteri bunian dan kayangan melambangkan kesucian. Mungkin akan mix dengan warna merah, baru nampak menyerlah. Tapi itu semua hanya angan-angan sebab Tasha sekarang masih belum ada kekasih lagi pun. Bukan takde masa, tapi memang Tasha sibuk dengan dunia lakonannya yang semakin lebat. Sebelum ni, Tasha dah puas enjoy dan sekarang masa untuk mencari duit banyak-banyak. Tapi jika kata ada bertemu dengan kekasih hati, Tasha tak nak tunggu lama-lama (takut dikebas orang ya?) dan terus kawin. Itu pun kalau ada yang nak, itu kata Tasha.
Tasha sangat teruja dan berminat dengan Pameran Busana Perkahwinan Mutiara kerana kat Muzium Negara ni ada pameran baju kahwin Dato; Siti Nurhaliza, Amber Chia dan Memey Suhaiza. Semua baju kat sini, cantik-cantik.