in

Gambar Studio Kulit Album Lentera Timur Siti Nurhaliza

Cantik, meriah dan…. mau kata apa lagi? Memang penyanyi yang sedang mempromosikan album Lentera Timur ini mahukan kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukannya.

Bak Puteri Kayangan

Kredit gambar: Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd

Dato’ Siti Nurhaliza Berlakon Dalam Filem Kelip-Kelip Arahan Mamat Khalid

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyatakan persetujuannya untuk melakonkan watak Siti di dalam filem animasi Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid. Proses pra produksi filem ala Bee Movie ini akan berlangsung pada bulan Januari 2009.

“Terdapat tujuh watak utama kelip-kelip dalam filem ini. Setiap watak tersebut mempunyai nama masing-masing dan mengikut karektor dan keperibadian yang ada dalam diri setiap pelakon. Contohnya bagi watak Siti, kita memang menggunakan keperibadian Siti yang mudah disayangi dan bertudung. Jadi, agak sukar juga untuk mereka karektor masing-masing kerana kita kena mengenal pasti diri para pelakon dahulu. Misalnya, karektor Siti mengambil masa tujuh hingga lapan kali untuk design. Sebab itulah kita perlukan bantuan pereka dari Jakarta kerana pereka tempatan tidak mencukupi. Pada peringkat permulaan mungkin tidak perlu tetapi pada peringkat visualisasi, kita juga memerlukan tenaga kerja dari Hollywood. Namun, kita masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya dan elemen filem Malaysia,” jelas Mamat mengenai filem yang bakal menjadi filem usahasama antara syarikatnya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Semoga filem bertaraf Hollywood ini sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Ceria Sempena Tahun Baru di TV2

Sari Yanti Kahwin