in

Gambar Sneak Preview M-IFW di The Garden

Semalam, Budiey join tiga event.

  1. Majlis Hi Tea & Temubual Anugerah MACP
  2. Shooting Filem Jangan Tegur
  3. Sneak Preview Malaysia-International Fashion Week 2008 di The Garden

Masa event M-IFW, Budiey teruja sangat sebab first time dapat jumpa angkasawan pertama negara; Dr. Sheikh Muszaphar.

Kedua teruja sebab dapat jumpa Key Ng, seorang ikon fesyen yang sangat-sangat Budiey kagumi. Haha, pelik kan? Tetapi hakikatnya bukan kagum apa, sebenarnya Budiey memang penggemar fesyen Key Ng dan kalau korang selongkar almari Budiey, memang penuh dengan baju dan seluar rekaan Key Ng. Dari dulu, Budiey suka simpan dan kumpul koleksi baju dari Key Ng. Dan malam tadi, Budiey dah kenal orangnya. Huhu! Orangnya nampak macam serius tetapi very nice!

Key Ng menggunakan Hannah Tan sebagai modelnya. Mmm, ada kelas!

Oklah, dah nama sneak preview, Budiey pun nak kasi sneak preview jugaklah. So, enjoylah tengok gambar ni ya. Untuk artikel berkenaan event ni akan ditulis dalam masa terdekat. Terima kasih.

 

Hatta dan modelnya, Nabila Suhaimi

Atilia dan Azura jadi model kepada pereka Nurita Harith.

Nurul berdaya dengan gaya elegan Rizman Ruzaini

Amber Chia, si model berani, seksi dan genius memperagakan rekaan Alvin Tay

Hari ini, Budiey dijemput untuk mengikut sidang media Konsert Janice dan Konsert Peterpan anjuran Celcom di KL Hilton. Budiey akan kemaskini pasal kedua-dua sidang media ini sejurus selepas sidang media. Tunggu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF: Sekitar Pengambaran Filem Jangan Tegur Arahan Pierre Andre

Photos Katherine Heigl Film 27 Dresses