Sebut pasal The Blue Kebaya Showcase ni, membuatkan Budiey teringat kepada filem Red Kebaya. Tapi semalam, tema warna biru pada semua rekaan baju kebaya membuatkan ruang legar concourse The Weld terasa sejuk dengan kejernihan dan ketenangan warna biru. Tambahan pula ramai artis yang cantik-cantik hadir untuk menggayakan rekaan. Bayangkan seramai 30 artis dan selebriti hadir dengan rekaan dari 16 orang pereka. Semuanya gojes-gojes.
Pereka Salikin Sidek, seorang pereka fesyen yang terkenal dengan seni songket dan rekaan yang beretnikkan keMelayuan telah memilih Siti Saleha, pelakon yang makin meningkat naik. Gaya kebaya dengan potongan ringkas diperbuat dari kain songket memberikan gaya elegan dan semestinya Siti Saleha tampil menawan. Selain Siti Saleha, penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru – Kembali Lagi Di Sisimu, Farah Asyikin turut menggayakan rekaan Salikin Sidek.
Kepada yang meminati Farah Asyikin dari dulu, pasti tahu lagu Kembali Lagi Di Sisimu adalah antara lagu yang terawal dan mempopularkan nama Farah Asyikin. Tapi single ini diberi nafas baru dari segi susunan muziknya. Lagu ini bakal berkumandang di corong radio tak lama lagi. Serta tak ketinggalam pelakon cantik molek bernama Ramona Zam Zam. Pergh mantap tu joe! Cun habis semuanya.
Sementara itu, Siti Saleha yang mahu dipanggil Sal sekarang ni baru sahaja habis pengambaran sebuah drama yang akan ditayangkan pada hari raya nanti.