Pada jam 11 pagi tadi, Budiey sempat meluangkan masa untuk hadir di Pelancaran Kasut Terbaru dari PUMA yang diberi nama FAAS Collection. FAAS yang sebutan sama dengan FAST bermaksud laju. Kira nak samalah dengan kempen promosi oleh PUMA ni. Yang pasti, dengan kasut PUMA ni, korang boleh laju selaju larian orang Jamaica. Boleh cam tu?
Turut sama hadir ialah Friends of PUMA di mana ada rata-ratanya adalah dipilih di kalangan artis seperti Siti Saleha dan ramai lagi. Tak lama lagi, bolehlah pilih Friends di kalangan blogger pula ya. Acah je la, tapi for sure, bila nama Friends ni korang jangan ingat jadi duta pulak, kalau duta, of course la kena bayar kat artis tu kan. Bila jadi KAWAN ni, pengeluar produk akan kasi produk je untuk dipakai atau diguna. Macam korang tengok gambar Siti Saleha kat bawah ni, bergaya sakan dengan kasut, beg dan pakaian semua dengan keluaran terbaru PUMA. Best, dapat free.
Sempat bergambar dengan Siti Saleha ni. Masa promo Enchanteur di Alamanda Putrajaya hari tu tak sempat je nak merakam kenangan.
Boleh dikatakan 70% gambar yang Budiey ambil masa event tadi adalah gambar Siti Saleha. Kenapakah? Haha, ternyata masih ada lagi sisa-sisa demam drama Nora Elena.
Kepada yang rindukan Nora, bolehlah tatap gambar ni, tapi hati-hati ya, jangan tenung lama-lama. Nanti abang Seth marah.
Okay first time la ni, Budiey ambik gambar Siti Saleha yang beria-ia nak buat lompatan setinggi langit. Ohhoho, memang tinggi pun. Ala tak pe, badan Nora kan ringan aje.
Jyeaaaa… dengan kasut PUMA, kini Siti Saleha rasa selesa dan bebas untuk bergerak, korang patut cuba kan?
Abang Seth: Jom Nora eh, lupa Siti Saleha kita jogging sama-sama. Hehe
Nora: Okay jom! satu dua tiga, larrriiii….