Gambar Siti Saleha di Majlis Berbuka Puasa & Ramah Mesra Bersama Peminat di Hotel Carlton Shah Alam.
Hari ini, hari Sabtu, ada khabar gembira yang tiba yang Budiey terima. Alhamdulilah. Syukur pada Tuhan atas segala nikmat Ramadan yang diberikan. Sama-sama kita doakan agar Budiey Junior dilahirkan dengan selamatnya tahun depan. Doa Doa Doa… dan Budiey ucap terima kasih kepada semua pembaca yang sudi ucap tahniah di Facebook dan di Twitter.
Pada hari ini juga, Budiey sempat untuk bersama peminat pelakon jelita putih melepak yang sedang meningkat naik, Siti Saleha atau mungkin ramai yang menggelarkan dirinya Nora Elena. Semuanya kerana impak drama Nora Elena lakonan Sal atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum yang meletop di kaca TV. Mungkin kerana itu, peminat Siti Saleha makin membiak dan kini mereka berjaya menganjurkan majlis berbuka bersama Siti Saleha. Walaupun ramai sekali peminat yang excited mahu join tapi majlis kali ini hanya eksklusif dan terhad untuk 50 orang peminat sahaja. Tahniah kepada AJK dan penganjur kerana bukan senang untuk mengumpulkan peminat setia seramai ini.
Ini adalah kali pertama majlis seperti ini diadakan oleh peminat bersama Siti Saleha. Kalau nak ikutkan sudah 3 tahun Siti Saleha berada di arena dunia seni lakonan dan kali ke-3 juga akan menyambut hari raya sebagai seorang pelakon. Ironinya, rata-rata peminat yang hadir bukan datang dari kawasan terdekat tapi nun jauh dari Dubai dan Brunei. Budiey terkejut juga dengan sambutan dari peminat Sal yang sanggup datang dari jauh. Menurut Sal, dia sangat tak sangka dengan sambutan dari peminat dan mungkin selepas ini ada perancangan lain untuk buat gathering bersama peminat dalam jumlah yang lebih besar pula. Ramai dah tahu, Sal masih lagi belajar dan tinggal setahun lagi untuk dia menamatkan pengajian dalam Diploma Komunikasi Massa. Raya pun tak lama jugak sebab 3 September dah start kena belajar balik.
Tampil dengan sepasang busana baju kurung moden berwarna ungu yang menjadi tema majlis petang tadi, Sal juga turut mengaku sambutan raya tahun ini meriah berbanding tahun lepas. Sebanyak 3 pasang baju raya telah ditempah dari pereka fesyen Wanpa berwarna ungu (baju yang dipakai di majlis ini adalah baju raya Sal), warna skin dan satu lagi warna merah. Sal akan menyambut raya di Kuala Selangor dan Klang di hari raya pertama. Kuih kegemaran Sal pada hari raya adalah biskut dan semua makanan yang berperisa coklat. Tak kira makanan apa, asalkan perisa coklat, memang Sal suka sangat.
Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini akan berkolaborasi dengan Zizan Raja Lawak dalam Drama Cintaku 120km/j yang akan ditayangkan pada malam sambutan hari raya nanti di TV3. Dan yang terbaru, Sal akan tampil dengan watak sebagai Zulaikha dalam Cinta Alif Ba Ta yang akan disiarkan di TV AlHIjrah sebanyak 13 episod.
Untuk filem pula, Sal mengkhabarkan berita gembira buat peminatnya, yang dia akan muncul dalam sebuah filem terbaru yang akan memulakan pengambaran pada bulan November ini berjudul PUKUL HABIS terbitan Merpati Pictures dan watak yang dibawakan oleh beliau sangat berbeza dengan apa yang kita tonton sebelum ini. Kalau sebelum ini, watak yang diberikan agak lebih kepada wanita lembut dan sopan tapi kali ini apa yang Sal boleh cakap wataknya agak mencabar dan melibatkan aksi. Berjayakah Sal menjadi wanita yang lebih ganas dari biasa, korang kena tunggu.
Buat Sal, Budiey ucapkan selamat menyambut hari raya bersama keluarga nanti. Maaf Zahir & Batin. đŸ™‚