Walaupun telah berundur untuk bertanding di Anugerah Bintang Popular, Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi tidak berganjak untuk terus menempah nama sebaris dengan nominasi yang lain dalam AIM17. Penyertaan beliau sejak edisi ke-6 AIM bersiaran, beliau menjadi antara artis yang paling banyak menjulang trofi serta kehadiran dan persembahannya paling dinantikan oleh penonton AIM.
Pada malam tadi, Siti Nurhaliza berganding bersama Kris Dayanti untuk mengalunkan lagu Jika Kau Tak Datang sebagai pembuka tirai. Budiey ingin ucapkan juga kepada kedua-dua ikon tersohor ini kerana telah berjaya membawa pulang trofi kemenangan.
Budiey dimaklumkan Siti Nurhaliza & Kris Dayanti menggayakan gaun rekaan daripada Rizman Ruzaini di acara red carpet AIM.
Kehadiran dua bintang ini di karpet merah AIM17 juga mendapat tumpuan para jurugambar dan media.