Gambar Siti Nurhaliza di Itaewon Seoul Central Mosque
Terletak di Itaewon, satu-satunya masjid terbesar yang dikenali sebagai Seoul Central Mosque. Masjid ini dibuka pada tahun 1976 dan terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu.
Rombongan kami disambut oleh beberapa orang pelajar Malaysia & Brunei yang menuntut di universiti di Itaewon. Macamana mereka boleh tahu yang Siti Nurhaliza akan melawat masjid ini? Ya, menurut salah seorang dari mereka, hashtag di twitter #TripKoreaSimplySiti banyak membantu. Untung juga mereka datang, sekurang-kurang dapat mempertemukan kami dengan Imam Besar masjid ini.
Kami dibawa ke satu dewan yang menempatkan meja serta kerusi di mana bilik ini digunakan untuk belajar agama dan bermesyuarat. Di kamar ini, kami telah diberi penerangan ringkas oleh imam besar tentang perkembangan agama Islam di Korea.
Kebanyakan pelancong dari Malaysia akan singgah di masjid yang bersejarah ini. Senang sahaja untuk datang sini kerana ia berdekatan dengan Itaewon Subway Station.
Sekali lagi terima kasih kepada penuntut yang menyambut kami di sini. Semasa nak berpisah, kami sempat bergambar dan mereka juga mengambil peluang untuk meminta Siti menandatangani autograf di botol produk SimplySiti. Wow, nice!
Selepas menghabiskan lebih kurang sejam di masjid ini, kami turun untuk menuju ke MyeongDong pula untuk membeli belah di sana. Di bawah ini beberapa gambar buat peminat Siti Nurhaliza… harap semua sukakannya.