[dropcap]P[/dropcap]ada jam 2 petang tadi, Budiey sempat singgah di Menara Tertinggi di Malaysia, Menara Kuala Lumpur untuk menyaksikan Pelancaran Muzik Video Lagu Galau yang telah dirakam oleh penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza pada 7 Disember 2012. Budiey rasa, ramai yang dah tahu pengambaran video muzik ini dibuat di Moroccan Pavilion, Taman Botani Putrajaya.
[pullquote align=”right”]Muzik video Galau menggabungkan elemen kasih sayang dengan visual ekspresi Dato’ Siti Nurhaliza bersama keserasian dari penari Ariel Dance yang diundang khas.[/pullquote]
Budiey dah pun tonton beberapa kali video klip ini, apa yang Budiey boleh katakan, memang gambaran visualnya sangat cantik. Seni bina bangunan yang menjadi latar video ini seperti kita berada di luar negara. Buat pertama kalinya, video muzik arahan pengarah Daryl Adrian Emuang ditayangkan untuk tatapan media dan khabarnya, Dato’ Siti Nurhaliza sendiri menontonnya buat pertama kali pada petang tadi. Biar betiik nih!
Sesuai dengan konsep yang ingin digunakan, maka lokasi ini dipilih sebab tempat ni memang unik dan senibinanya memang ohsem dan cantik. Sangat abstrak tapi penuh makna. Mungkin bagi sesetengah peminat akan rasa kelainannya jika nak dibandingkan dengan muzik video Siti yang lain.
Sebagai hadiah cenderamata buat media yang hadir, Dato’ Siti Nurhaliza telah menghiburkan dengan dua buah lagu. Selain lagu Galau yang menjadi topik utama acara ini, Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Muara Hati secara solo. Sedap gak. Nasib baik Budiey ada rakam. Korang boleh layari dan langgani Youtube Channel Budiey Dot Com: www.youtube.com/Budiey27
Selain mengumumkan untuk merakamkan album berkonsepkan muzik pop dengan kerjasama Universal Music Malaysia di bulan puasa nanti, Dato’ Siti Nurhaliza juga akan melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Siti Scarf. Dalam temubual yang lain, Siti Nurhaliza juga tak mahu dikaitkan dengan video keek dari Sharifah Sakinah yang mengundang kontroversi itu.
Di entri ini, Budiey mahu kongsikan kepada semua pelayar, gambar-gambar Siti Nurhaliza dari lensa Budiey untuk tatapan anda semua.