Ini dia gambar Siti Nurhaliza yang masih panas-panas lagi dipindah dari kamera Nikon D40 Budiey. Sampai rumah je, terus Budiey upload dalam Flickr dan terus publish untuk korang peminat setia Datuk Siti Nurhaliza semua. Kira ni gambar terbaru Siti setakat ni yang Budiey ada simpan. Eksklusif la kononnya.
Pada jam 12 tengahari tadi, Budiey bergegas ke Stadium Putra semata-mata untuk mengambil gambar Datuk Siti Nurhaliza. Penyanyi yang khabarnya akan ke majlis persandingan Ning Baizura itu dijemput mewakili Yayasan Nurjiwa yang bekerjasama bagi menjayakan satu acara amal anjuran DCHL.
Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan gaya tudung satin berona putih dan merah dengan corak batik urban. Mengenakan sepasang baju dan seluar serba hitam dan dikontraskan dengan rantai berwarna putih yang besar. Dilengkapkan dengan anting-anting berwarna hitam. Cantik, manis dan elegan!
Siti Nurhaliza sempat melemparkan senyumannya kepada Budiey… dan dia mengirim salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti. Terima kasih katanya kerana sudi melemparkan segala komen positif dan negatif berkenaan dengan gaya tudungnya.
Ketika di Majlis DCHL Recognition Raily 2007 anjuran DCHL di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 1 tengahari tadi, Siti Nurhaliza telah berucap di sidang media dan juga dipancarkan secara live ke skrin besar untuk tatapan pengedar DCHL yang hadir. Memang penuh stadium Putra. Happening juga event DCHL yang bertemakan “Towards A Better Society” ni.
Melalui program amal yang berlangsung selama 2 bulan yang bermula pada hari ini (2 Februari) sehingga 30 Mac 2008 adalah diharapkan agar dana kebajikan Yayasan Nurjiwa dapat ditingkatkan melalui penjualan kupon kebajikan kepada ahli-ahli serta para pengedar DCHL yang dianggarkan seramai 100 ribu orang dan masyarakat Malaysia.
Diacara petang tadi juga, Siti Nurhaliza mempersembahkan beberapa buah lagu untuk hiburan semua ahli DCHL.
[tags]gaya tudung siti nurhaliza, dchl, event dchl bukit jalil, charity event dchl, cni, marketing, kupon derma, hadiah utama, cabutan bertuah, siti nurhaliza batik[/tags]