Gambar Siti Nurhaliza di Cheongwadae Sarangchae Korea
Selepas ke Cheong Gye Cheon Street, kami singgah di pusat pameran dan muzium pelancongan terkenal iaitu Cheongwadae Sarangchae. Yang bestnya, korang yang nak datang, boleh masuk secara percuma. Tempat ni ditutup pada hari Isnin dan dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang waktu Korea.
Secara ringkas, muzium dan pusat pameran ini memberi info yang begitu jelas tentang kebudayaan, sosio ekonomi, masyarakat dan juga semua tempat-tempat menarik di Korea. Gambar-gambar dan ilustrasi kat sini pun memang gempak dan awesome. Siti Nurhaliza juga sempat berposing kat sini dan gambar-gambar di bawah ini sangat ‘ohsem’ juga untuk ditatap buat korang semua yang meminati Siti Nurhaliza.
Budiey rasa lokasi Cheongwadae Sarangchae Korea ni memang cukup strategik sebab ia berdepan dengan President Blue House, sebuah tugu dan juga bukit yang terkenal kat sini. Memang lawa betul pemandangan kat sini. Ditambah pula dengan suhu yang sejuk. Pergh!