Siapa kata Dato’ Siti Nurhaliza selalu sahaja terkena tempias mangsa fesyen. Terbukti ia tidak sama sekali kerana di karpet merah Anugerah Juara Lagu 26, Budiey rasa, figura terkenal ini membuat pilihan gaya & tata rias yang tepat. Kredit jua untuk pereka fesyen busana Siti semalam iaitu Rizman Ruzaini yang mengetengahkan gaya terkini yang cukup elegan dengan menggunakan warna asas hitam dan putih. Fabrik & materialnya, Rizman Ruzaini menggunakan fully sequin’s chiffon silk dan juga italian tulle.
Untuk busana ini, Rizman Ruzaini meminjam inspirasi dari dress Angelina Jolie semasa anugerah berprestij di sana. Busana ini diterjemah penuh klasik lagi elegen yang disuntik dengan trademark rekaan identiti dari Rizman Ruzaini.
Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 26
Wah, nampak tak ni, begitu gigih Sang Dewi mengambil gambar figuranya yang sedang bergaya di AJL26. Terbukti ia seorang pengurus yang berdedikasi. Hiks~ Gurau-gurau je Kak Zie.