Sesampainya kami di Hotel Hamiltom, Bandar Itaewon, Seoul City, Korea pada jam 11 malam 22 November, kami terus check in dan berehat. Tapi itu sepatutnya, namun Dato’ Siti Nurhaliza masih larat dan bertenaga untuk keluar shopping dengan semangatnya di NanDaeMun yang terkenal dengan barangan sovenir dan cenderamata yang murah. Berbeza dengan gedung shopping yang lain, pusat perniagaan ini dibuka dari jam 10 malam hingga 5 pagi.
NanDaeMun diumpamakan seperti Sungei Wang Plaza yang menjadi gedung kemestian bagi pelancong berkunjung. Kat sini barangan semuanya sudah ditetapkan harga, bermakna kita tak boleh meminta tawaran harga murah. Namun, mungkin jika kita membeli dengan jumlah yang banyak, peniaga akan memberikan kita diskaun.
Budiey tidak berpeluang untuk mengikuti Siti Nurhaliza dan beberapa orang media yang gigih dan bersemangat sekali untuk shopping kat sini sebab mahu update blog.
Menurut kata Siti, mereka sampai di hotel pada jam 3 pagi. Dan hanya sempat tidur 4 jam sahaja. Bayangkan keletihan mereka pasti akan terserlah keesokan paginya. Di bawah ini gambar-gambar fresh yang mana Siti nampak begitu ceria walaupun hanya berbekalkan waktu rehat hanya 4 jam. Haaa, itulah rahsia SimplySiti katanya, walaupun tidur tak cukup, wajah tetap berseri dengan menggunakan solekan ringkas dari SimplySiti.