Berlangsung di Annexe Gallery, showcase yang julung-julung kalinya diadakan di galeri lukisan dan seni ini mengundang ramai peminat untuk mengisi ruang penonton. Meriahlah. Itu kata mereka. Bagi Budiey, Imran Ajmain sudah bijak berseloroh dengan penonton dengan senda gurau dan leluconnya. Komunikasi yang bijak dengan audien bakal memikat hati peminat yang baru berjinak dengan muzik gaya retro balada si Imran. Kekadang ada yang tak sempat nak sensored. Namun, show pada petang itu katanya memikat ramai peminat Imran dan juga artis jemputan seperti Infinatez dan Atilia. Punca dan persembahan… satu pencapaian yang bukan mudah untuk dilestarikan. Syabas Imran!
Showmanship yang genius
Atilia dalam rona-rona Seribu Tahun
Infinatez, satu kolaborasi hormani yang buat hati jadi terbang
Sungguh memukau… gabungan vokal yang sering meruntun
“Aku hanya inginkan engkau setia kerana setia yang mencipta bahagiamu.”
Shazzy & tiupan saxofonnya dalam irama MahaKarya Cinta
Penonton yang happening
Senyuman puas