Anugerah Industri Muzik kembali lagi mempertaruhkan lagu-lagu mantap yang dipilih oleh juri profesional. Tepat jam 2 petang tadi telah berlangsung sidang media AIM19 yang pertama di mana telah mengumumkan senarai pendek Top 5 Pencalonan AIM19.
Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua calon yang terpilih. Antaranya ialah pemenang juara Asian Wave 2012 iaitu Shila Amzah di mana lagu Patah Seribu yang telah tersenarai dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik.
Walaupun tercalon, Shila Amzah meminta maaf kepada penganjur dan peminat kerana tak dapat hadir AIM19 tahun ini kerana mendapat tawaran buat opening act di sebuah konsert di China.
VIDEO TEMUBUAL BUDIEY BERSAMA SHILA AMZAH DI SIDANG MEDIA AIM19
Shila Amzah akan bersaing dengan penyanyi hebat yang lain dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu iaitu Jaclyn Victor (Counting Days), Nora (Doa), Siti Nurhaliza (I Cry Out) dan Jaclyn Victor (Jagalah Diri). Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Budiey sendiri agak sukar untuk meneka siapa yang akan merangkul trofi dalam kategori ini memandangkan kesemuanya mempunyai vokal yang mantap. Namun, Jaclyn Victor ada peluang yang cerah.
Sementara dalam kategori Lagu Pop Terbaik pula, Shila Amzah bersaing sihat dengan Jaclyn Victor (Sebelah JIwaku), Hyper Act (Harapan), Yuna (Terukir Di Bintang) dan Jaclyn Victor (Jagalah Diri). Budiey melihat persaingan sengit antara lagu Yuna Terukir Di Bintang dan juga lagu Patah Seribu. Jika anda jadi juri, siapa yang anda pilih?
Gambar Shila Amzah di Sidang Media Anugerah Industri Muzik Ke-19.