Ini dia gambar Shila Amzah yang telah mewakili negara ke konsert Asia Star Session di Festival Voice Of Astana, Kazakhstan. Budiey sempat bertemu dan berborak sekejap dengan Shila Amzah semalam semasa beliau hadir di makan malam eksklusif bersama dengan finalis pelakon komedi ABP2010.
Menurut Shila, sepanjang berada di Kazakhstan dari 30 Januari sehingga 5 Februari lalu, Shila begitu teruja dan semuanya menjadi pengalaman baru yang pastinya akan dikenang. Yang penting, semasa berada di sana, peluang untuk melangkah lebih jauh dan mencipta nama di negara lebih luas. Ramai wakil negara luar nampaknya berminat dengan vokal dan muzik Shila Amzah. Sambutan dan penerimaan sangat menggalakkan.
Ternyata, peluang yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh Shila bagi mengukuhkan lagi namanya di persada seni tempatan dan juga Antarabangsa.
Di konsert ini, Shila membawa lagunya sendiri iaitu Memori Tercipta. Pada mulanya, setiap wakil perlu nyanyi 2 buah lagu, tapi saat akhir, kerajaan Kazakhstan menjemput lebih ramai negara yang menyertai konsert ini, jadi semua wakil hanya berpeluang untuk menyanyi sebuah lagu sahaja.
Ramai terpegun dengar suara Shila, lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh S Tinta. Lagu ini pernah menang the best song Shanghai World Star Quest 2008 dan Shila jadi juara dalam pertandingan tersebut.
Shila berkongsi pentas bersama penyanyi dari 45 buah negara seperti dari Korea Selatan, China, Filipina dan negara-negara dari Timur Tengah yang turut di undang ke Festival Antarabangsa ini.
Sekarang ini, Shila Amzah mahu fokus kepada projek terbarunya iaitu pelancaran dan promosi album 3 Suara gabungan bersama-sama Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Majlis pelancaran album ini akan diadakan tidak lama lagi.