Budiey baru sahaja pulang dari mengunjungi jualan amal dan lelong Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 Untuk Gaza petang tadi. Satu usaha murni NSTP yang berkaloborasi dengan selebriti kita untuk mengisi Tabung NSTP Untuk Gaza. Sekurang-kurangnya kepekaan rakyat Malaysia khususnya para selebriti kita dapat membantu penderitaan rakyat Gaza yang dalam kesempitan.
Memilih hari Sabtu, 31 Januari di Amcorp Mall, Petaling Jaya antara jam 10 pagi hingga 6 petang, karnival amal ini mendapat sambutan hangat dari para peminat. Pertama kali berpijak di karnival ini, Sherry Ibrahim menjadi sasaran utama untuk merakamkan gambarnya. Sherry bersama dengan Iqram Dinzly dan Liyana sedang menjual kek. Soalan klise dari Budiey… “Sherry, mana Ashraf Muslim?” Sherry macam biasa, serba salah nak jawab apa, keningnya pun berkerut, yealah memang Ashraf sibuk, takkan nak berkepit selalu.
Sherry Ibrahim sekarang sedang sibuk berlakon dalam drama berjudul Cinta Untuk Ain lakonan bersama Que Haidar dan Liyana Jasmay. Di samping itu, Sherry juga akan berlakon dalam drama jangan Pandang Belakang.
Cupcake Sherry… RM10
Jom menderma untuk Tabung Gaza
Bagus Sherry, datang dengan berbaju kurung. Manis!