Peminat ternyata tidak melepaskan peluang sehingga ruang stadium terasa sendat dan padat. Lebih 10 ribu telah membanjiri dan berkumpul untuk merasai gegaran muzik rock Dewa 19. Pada Budiey, yang istimewa konsert ini kerana menampilkan featuring artist yang berlainan genre muzik dengan Dewa 19 iaitu Sheila Majid dan Rabbani. Mulan Kwok tak termasuk ya… hehe.
Bercakap pasal tajuk di atas, rasanya inilah pertama kali mereka digandingkan dalam satu konsert mega. Hasil gandingan yang membuatkan Budiey rasa bangga sangat dengan Sheila Majid kerana beliau begitu humble dengan peminat-peminat Dewa 19. Siapa kata dua ikon dari dua negara serumpun dan dua genre berbeda boleh bergabung dalam satu dendangan muzik yang cukup seimbang dan memberangsangkan.
Ahmad Dhani ada mengatakan bahawa Sheila Majid adalah penyanyi idola Dewa kerana sampai sekarang ini belum ada penyanyi yang boleh menandingi kehebatan suara Sheila. Wah, pujian melangit tu, beb! Mesti ada hadirin yang cakap dalam hati, mmm… walaupun Sheila Majid dah season dan sekarang pun dia dah low profile. Tak banyak lagi buat show sana-sini… tapi tengoklah penerimaan orang luar terhadap Sheila!
Sheila Majid yang juga turut merasa bangga kerana menjadi idola Mohd Dhani membuka gelanggang dengan sebuah lagu berjudul Emosi secara solo. Sebuah lagu kegemaran Ahmad Dhani yang disampaikan dalam komposisi muzik perlahan yang agak santai dengan diiringi alunan keyboard.
Saya cukup teruja dengan gandingan duet Sheila Majid bersama Ahmad Dhani dalam sebuah lagu Dewa iaitu Aku, Engkau & Dia. Pernah didendangkan oleh Adi dalam Konsert AF musim pertama. Ahmad Dhani bagi Budiey adalah superstar dalam Dewa 19 kerana kebolehan dan bakatnya dalam mencipta muzik yang begitu power giler! Tapi kecewa sangat sebab mutu audio konsert ada masalah sikit.
Kemudian, mikrofon berpindah kepada vokalis Once untuk bergabung suara bersama Sheila Majid dalam lagu Sinaran. Huhu, juga dibawa dalam genre muzik rock yang lebih segar. Budiey suka giler dan enjoy sangat! Loh! Gue enjoy tahap dewa nih deh! Kalian pula gimana sih?