Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba
Ha… ha… Halimah jongang
Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang
Korang pernah dengar lagu nyanyian Eddie Hamid ni, Halimah Jongang? Sekarang lagu ni makin popular. Mungkin sebab iramanya sangat catchy dan ada nilai komedi. Siap ada yang buat ringtone & calleringtone kat henset pun ada. Budiey pun selalu jugak dengar masa promo drama siri ni kat Astro Prima. Sampai terikut-ikut nak hafal lirik.
Dan ini dia pelakon yang bawa watak Halimah bernama Sheera Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, tanpa memakai gigi jongangnya. Gambar ni diambil masa Sheera hadir di Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama SIONG. Tinggi lampai orangnya.
Kelakar kan citer ni? Sesuai sangat la tu. Lagu ini jadi lagu tema drama Halimah Jongang. Kalau pembaca yang nak tengok, sila tekan saluran Astro Prima setiap malam Rabu jam 9.30 malam. Bak kata Raja Lawak, kelakar tak ingat! Masa Raja Lawak minggu ke-8 semalam pun, geng pelakon Halimah Jongang ada datang ke Studio Astro untuk memeriahkan suasana.
Masa tengok citer ni, sedih dan kesian pun ada bila nengok Halimah Jongang menyimpan rasa cinta sayangnya nak kat si Ali lakonan Pierre Andre. Tapi Ali ni pulak tergila-gila nak kat si Esah (lakonan Diya AF). Tapi malangnya, Esah & ibunya, Mak Dara (lakonan Aishah Tan) tak suka dengan Ali sebab dia takde pekerjaan tetap dan miskin.
Apabila Ali menyuarakan hasrat untuk meminang Esah, Mak Dara telah memberi syarat kepada Ali duit dalam akaunnyer sebanyak RM50 ribu kerana hantaran bagi Esah adalah RM25 ribu.
Demi cinta, Ali sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan cinta Esah. Ali buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan menternak kambing untuk mengumpul jumlah duit yang diperlukan. Sepanjang tempoh tersebut, Ali dibantu oleh Halimah Jongang ni. Hubungan mereka semakin rapat dan Halimah percaya Ali adalah cinta sejati dia. Malangnya, Ali tidak pernah menyedari kehadiran Halimah. Mungkin Halimah bergigi jongang, tiada daya tarikan fizikal untuk dibanggakan.
Selain Sheera Iskandar, drama yang ditulis oleh A. Aida & Zaini Kosnin ni turut dijayakan oleh Pierre Andre, Diya AF, Zaibo, Aishah Tan, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Cakap pasal Sheera Iskandar, lakonan beliau dapat ditonton juga dalam drama slot Lagendo, SIONG yang disiarkan di TV3.
Jangan lupa saksikan Sheera pakai tudung dalam slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang, sejak 15 Februari lalu. Lebih menarik, Sheera berlakon dengan ibunya, Aznah Hamid. Seperti dalam dunia realiti, mereka berlakon sebagai anak beranak dalam siri itu. Katanya, watak bertudung bukan masalah baginya kerana pernah melakonkan watak itu sebelum ini. Untuk watak Ria, dia memilih tudung Syria koleksi sendiri sebagai kelainan. Watak Ria menarik kerana luarannya dia nampak lembut tapi sebenarnya tegas dan sangat mementingkan menjaga diri dan ajaran agama. Ketegasannya ini diperlihatkan menerusi babak romantik dengan kekasih, lakonan Pierre Andre. Mereka tidak perlu mengucapkan kata-kata cinta atau berpegang tangan menunjukkan kemesraan, sebaliknya kasih sayang mereka ditampilkan melalui cara berbual dan riak wajah mereka.
Ramai masih tak tahu, sebenarnya Sheera ni anak kepada pelakon Aznah Hamid. Sheera bukan nama baru dalam industri sebab sebelum ini Sheera pernah berlakon tapi tu lah, banyak pula masalah dan kontroversi yang melanda.
Dulu, pernah sekali Sheera terima cek tendang dan upah lakonnya tak dibayar habis. Kadang-kadang, isu macam ni yang buat Sheera rasa geram dan sedih. Bukan satu, tapi setakat ni dah 2 kali Sheera ditipu oleh penerbit.
Masa pembikinan filem Datin Ghairah yang diarahkan sendiri oleh bapa tirinya, Sabree Fadzil, Sheera mendakwa dah jalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon tapi 25% bayaran baki upah berlakon masih belum diterima. Sabar je lah eh!