Okay, jawapan kepada trivia di bawah ini ialah jam tangan Shahir, juara Akademi Fantasia AF8 yang turut hadir bersama dengan 6 lagi rakan seperjuangannya yang lain di Majlis Pelancaran Album Cinta Anita – Anita Sarawak di KL Life, Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi. Antaranya, Adira, Ain, Anum, Ema, Iwan dan Maulana. Kesemua mereka tampil dengan fesyen yang begitu ranggi dan ada stail yang glam elegan. Inilah hasil dari penata gaya profesional, Allien Gan.
Mereka juga telah mengikuti 8 kelas yang dianjurkan oleh Anita Sarawak.
Ini merupakan sejarah kepada bintang figura ini yang bergabung dan meletop bersama Anita Sarawak. Mendendangkan lagu Celebration dan Cup of Live sebagai satu kejutan kepada penonton.
Selain artis dan media, para peminat juga turut hadir memeriahkan pelancaran album ini. Kebanyakan yang hadir adalah ingin bertemu dengan Shahir dan ternyata semua yang hadir seronok dapat bertemu dengan penyanyi pujaan mereka. Tak sangka walaupun diadakan pada hari bekerja, dewan KL Life hampir sesak juga.
Apabila ditanya perasaan masing-masing, semua mereka termasuk Shahir rasa sangat bertuah kerana dapat berkongsi pentas dengan penyanyi tersohor itu.
Ooops hati-hati, Ain… nanti jeles lak Adira. 🙂