Sejurus tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.40 pagi tadi, bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan telah ditemubual secara eksklusif oleh Malaysia Airlines. Walaupun keadaan badan beliau yang masih letih dan jetlag, namun Shah Rukh Khan masih dapat menjawab dan melayan soalan dengan baik. Video temubual eksklusif yang dirakam oleh The Darkness Studios telah dirakam dan disiarkan di Youtube Channel MAS pada tengahari ini. Temubual berlangsung lebih kurang 30 minit.
[pullquote]Apa yang menarik, selepas lebih 1 jam menanti, SRK mula kelihatan berjalan keluar dari bilik VIP pada jam 9 pagi dengan memakai tongkat. Ini mungkin disebabkan atas kecederaan yang dialami beliau apabila dihempap pintu semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini.[/pullquote]
Shah Rukh Khan difahamkan tiba bersama dua heroin terkenal Bollywood Madhuri Dixit, Rani Mukherji juga YoYo dan Arijit Singh.
SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert ‘Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars’ yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka. Konsert tersebut dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd.
Gambar Ihsan: The Darkness Studio