Ini dia gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa yang telah diadakan di Pavillion minggu lalu. Masih berisi sikit walaupun tarikh kahwin dah nak dekat. Itu yang dirisaukan oleh Serina. Dia nak kurus…
Rasanya, semua pembaca dah tahu, anak perempuan kepada chef tersohor ini akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar (33 tahun) pada 1 Januari 2010. Salahuddin yang menjawat tugas sebagai Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd, berdarah kacukan Inggeris-Irish.
Majlis pernikahan Serina itu akan berlangsung di Masjid Wilayah Jalan Duta. Manakala acara persandingan akan dibuat di Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
Rakan karib Chef Wan, Datin Seri Faridah Hashim (bekas isteri Datuk Seri Effendi Norwawi) dilantik untuk menyelenggarakan majlis. Manakala untuk rekaan pelamin, Serina mengunakan khidmat Datin Linda Rahim.
Menurut Chef Wan, majlis itu lebih bersifat kekeluargaan dan bukan majlis persandingan untuk bergelar Wedding of The Year sebagaimana yang pernah dibuat oleh selebriti lain. Sebelum ini dalam laporan media, Chef Wan telah menetapkan wang hantaran belanja untuk Serina sebanyak RM30,000. Kira mahal tapi standardlah tu kan?
Walaupun perbelanjaan untuk majlis kahwin 3 malam ini terpaksa dirahsiakan kerana tidak mahu dikatakan riak atau menunjuk, yang pasti majlis kahwin Serina akan meriah dengan kehadiran 10 Chef terkenal di seluruh dunia.
Budiey dengar, Serina juga nak ikut jejak langkah Liyana Jasmay dan Diana Danielle mencuba nasib jadi penyanyi pulak. Lagu single, ciptaan Shazy berjudul DENGAR sekarang ini diputar di radio. Good luck Serina!