in , , , , ,

Gambar Selebriti @ Go Batik Glam ABP Berita Harian

Ketika Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 yang berlangsung pada 12 Mac 2008, seramai 7 orang selebriti terkenal diberi tanggungjawab untuk menggayakan fesyen ala batik.

Wanita-wanita cantik Malaysia ini juga turut memperagakan barangan kemas Habib Jewels yang bernilai jutaan ringgit. Segmen yang diberi nama Go Batik Glam ABP pada petang itu telah diserikan oleh:

  1. Diana Danielle (pelakon Filem Revolusi KL Drift yang cute),
  2. Fasha Sandha (pelakon yang dilanda dilema gossip dengan suami orang dan sentiasa mengidam untuk memegang trofi Anugerah Bintang Paling Popular tahun ini… tetapi ramai yang cakap jangan harap la nak menang! Tapi Budiey rasa 60-40. Korang ada pangkah nama Fasha ke?),
  3. Ratu Rock Ella (kontroversi video lucah berunsur fitnah membuatkan dirinya dilanda trauma tak sudah. Ella nampak berisi dengan pakaian ini?),
  4. Julia Ziegler (pelakon Filem Jangan Tegur yang mahu dirinya ditegur kalau dia melakukan kesilapan.),
  5. Dinaz (pelakon jelita ini akan berkahwin pada 15 Mac ini jam 10 pagi di kediamannya, majlis persandingan Dynas pula akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 22 Mac jam 8 malam. Selamat pengantin baru kepada kamu, Dynaz!),
  6. Rozita Che Wan (Pelakon Filem Jangan Tegur arahan Pierre Andre ini lebih kental apabila dilanda gossip liar dan menganggap gossip itu rempah ratus kehidupan artis.)
  7. Liza Hanim (penyanyi yang kesal album terbarunya kurang mendapat sambutan dan berharap peminat dapat memberikan sokongan dengan tidak memuatturun lagu terbarunya dalam torrent dan internet yang sedang berleluasa mencalar ekonomi dunia muzik tatkala Malaysia kini sedang menerima arus alternatif yang bakal merubah corak industri seni hiburan? Liza Hanim akan Merawat Luka terpendamnya di Genting? Huhu…)

Turutan di atas bukan berdasarkan selebriti paling cantik atau popular. Budiey senaraikannya secara rawak (random).

Batik? Mmm… Budiey kira tema Anugerah Bintang Popular kali ini pastinya mengingatkan kembali Anugerah Era yang pernah menggunakan tema yang sama. Yang penting, Budiey harap tema ini bukan setakat tema sahaja, malah ianya dapat memberi gambaran jelas kepada kita tentang warisan batik dan kaitannya dengan budaya kita orang Malaysia. Jadi, rasanya sah-sah lah ramai pereka sedang sibuk menjahit baju batik sekang ni ek?

Lebih penting, tema ini akan menambah sajian persembahan hebat pada malam berprestij tersebut.

Batik? Mmm… apa kata anda tentang tema ini?

ella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program ‘Soccer Kids’ TV3

Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis