Lima calon terbaik, 17 kategori, lebih 80 orang artis bertanding untuk edisi ke-19 Anugerah Industri Muzik telah pun diumumkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) di sidang media AIM19 yang pertama pada jam 2 petang tadi.
Apa yang penting, AIM19 kali ini perlu kebal dan telus dengan keputusan yang tepat dan terbaik sesuai dengan sistem penjurian yang profesional.
Katanya, nanti tak akan timbul soal pilih kasih atau hilang kepercayaan dalam proses penghakiman calon-calon Anugerah Industri Muzik bagi edisi ke-19. Apatah lagi, proses penghakiman diseliakan oleh firma profesional yang berpengalaman luas dalam penyeliaan acara anugerah iaitu, Macomm Management Services Sdn Bhd.
Malah diharap para calon tidak akan bersungut selepas keputusan diumumkan, kerana kali ini penghakiman seratus peratus dilakukan oleh pengamal industri muzik tanah air.
Tidak ramai selebriti yang hadir pada sidang media tadi. Nampak macam ramai tapi macam tak ramai.
Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Industri Muzik 19
Keroz Nazri yang dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik
Stacy calon kategori Video Muzik Terbaik & Album Terbaik
Aweera dari kumpulan MOJO calon dalam kategori Artis Baru Terbaik
Hyper Act
Forteen
Sleeq yang menjadi calon untuk bertanding dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu bersama Ramlah Ram dalam lagu Sesaat Kau Datang
Shila Amzah
Pengacara santai Sidang Media AIM19 – Ray & Hanif
Ray – Johara Pagi Era
Hanif – Johara Pagi Era