Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
Pada 25 Mei lalu, Budiey turut dijemput untuk menonton filem seram terbitan KRU Studios, Karak di TGV Suria KLCC. Semua pelakon utama filem ini hadir iaitu Shahir AF8, Along Eyzendy, Shera Aiyob, Kilafairy dan Sidek Hussain. Filem ini takde ramai sangat pelakon macam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Ceritanya pun dalam lingkungan empat orang pelajar kolej.
Sinopsis Filem Karak
Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.
Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
Shera Aiyob sebagai Zura
Shahir AF8 sebagai Nik
Sep Kelate kito nok jadi hero deh demo. Tahniah Along, watak Jack yg sempoi.
Kilafairy sebagai Ida
Sidek Hussain sebagai Tok Malam
Pengarah Filem Karak – Yusry Abdul Halim
Adik Kila Fairy kan?