Sempena dengan pembukaan besar-besaran esok (4 November 2010), UNIQLO, store terkenal dari Jepun telah mengadakan Pre-Opening Launch Party di The Atrium, The Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini menjadikan store yang paling besar di Malaysia dan di Asia Tenggara.
Pre-Opening Official UNIQLO Party ini diserikan lagi dengan kehadiran Tadashi Yanai, CEO, President & Chairman of Uniqlo yang diterbangkan khas dari Jepun.
Selebriti ternama turut dijemput untuk menggayakan fesyen terkini keluaran Uniqlo. Antaranya, Aaron Aziz, Diana Danielle, Henry Golding, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Joe Flizzow dan Jaclyn Victor. Setiap pemilihan pakaian mereka telah ditetapkan oleh juru tata gaya dan perunding imej bertauliah dari UNIQLO.
Selebriti lain yang Budiey tak berapa nak kenal juga turut hadir iaitu Owen Yap, Gan Mei Yan, DJ Goldfish, Joyce KinkyBlueFairy, Joey G dan mereka ditemubual oleh Dominic Lau di red carpet.
Fesyen terkini FALL/WINTER yang lebih cun melecun sesuai dengan orang Asia kita juga turut dipersembahkan kepada tetamu. Thumbs up from the man – Yanai-San!
Sazzy Falak memperagakan Glam Chic dengan Gray Tweed Collarless Coat, Dark Gray Wool Neck Long Sleeve T dan Black Wool Wrap Mini Skirt
Jaclyn Victor
Aaron Aziz
DJ Goldfish & Joyce Wong KinkyBlueFairy seorang blogger terkenal mengayakan Funky Chic
Tadashi Yanai, CEO, President & Chairman of Uniqlo
Chelsia Ng yang hadir sebagai tetamu
Joe Flizzow dan Diana Danielle
Joe Flizzow
Liyana Jasmay
Joey G menggayakan fesyen berkonsepkan Gentlemen Quality.
Owen Yap & Gan Mei Yan, deejay radio menggayakan Japanese Chic