Semalam, jam 3 petang Budiey sempat hadir di Pelancaran Butik atau Kedai Daphne yang baru sahaja dibuka di Gedung Membeli Belah Sunway Pyramid. Butik ini bertemakan ‘approachable’, Enchanting dan pelbagai pilihan dan turut menjemput beberapa orang selebriti untuk memeriahkan acara. Antara yang hadir ialah Atilia, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Thanuja, Ilyka, Asmidar, Shiha Mentor, Vaneesa dan ramai lagi.
Dikatakan, Daphne kini ada lebih 4000 peruncit yang terbesar di sekitar Tanah Besar China dan kin menuju ke pasaran antarabangsa kerana gaya rekaan berkualiti tinggi dan selesa dipakai oleh wanita remaja dan dewasa.
Budiey lihat gedung ini direka khas untuk memaparkan konsep jenama Daphne yang menyerlahkan feminin dengan warna pink dan warna putih krim yang lembut. ianya memancarkan tenaga mesra yang senang didekati, berinspirasi. Dengarnya, akan lebih banyak gedung seperti ini akan dibuka di sekitar Lembah Klang dalam usaha untuk terus mengukuhkan dan membangunkan jenama, Daphne mensasarkan jumlah 20 gedung dalam masa tiga tahun.
Kepada yang nak datang beli kasut cantik-cantik, bolehlah datang ke Lot G1.9 bersebelahan dengan butik Levi’s di Sunway Pyramid.
Gambar Selebriti di Pelancaran Butik Pertama Daphne di Malaysia