in

Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond

Semua media yang datang di Pelancaran Astro B.yond pada hari Jumaat yang lalu diberikan hadiah PERCUMA Astro B.yond selama setahun. Wah, seronoknya. Tapi Budiey rasa frust bila dapat tahu, Budiey tak dapat langgan Astro B.yond kerana rumah Budiey ni adalah jenis apartment yang piring Astro tu dicentralized. Jadi, bila dicentralized, memang kitaorang kat apartment ni memang tak boleh tukar kepada Astro B.yond.

Nak ucap tahniah la kat 7 orang media yang dapat menang cabutan bertuah. Dapat pulang dengan TV LCD 32′ tajaan LG. Tahniah!

Pada 11 Januari lalu, tak berapa ramai selebriti yang hadir di majlis yang memang meriah dan padat dengan manusia ni. Maklumlah, pelancaran ini untuk para media dan juga client. Antaranya selebriti yang Budiey sempat ambik gambar ialah…

Tentunya, wajah pengacara popular ini akan hadir. Aznil Hj Nawawi. Weeee… dah nampak berisi sikit yea. Hati senang kot.

Ekin dan Mawi turut datang. Sehari sebelum kembar Ekin, Aein kahwin.

Jarang sekali nak jumpa dekorator tersohor ni, Eric Leong.

Ekin

Mawi… popularnya dah merudum, betul ke?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media

Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya