in ,

Gambar Selebriti di Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Menjengah musim ke-15, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun sebab cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Tahun ini, ASK 2013 memilih GLASS atau pun KACA sebagai konsep. Ini adalah simbolik kepada drama dan filem merupakan refleksi kisah sebenar dan realiti hidup manusia.

[pullquote align=”right”]Anugerah Skrin 2013 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29 November 2013, hari Jumaat jam 9 malam bersiaran langsung di TV3.[/pullquote]

Elemen kaca ini akan diadaptasikan sepenuhnya pada malam anugerah menerusi set pentas dekorasi keseluruhan serta pakaian dan tatarias untuk menghidupkan suasana glamor.

ASK 2013 menggandingkan  dua pengacara TV yang sudah tak asing lagi, Awal Ashaari dan Faizal Ismail bersama seorang pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Nad Zainal untuk mengemudikan majlis anugerah manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bersama dua prang pemenang dari Pertandingan Pantene Star Search.

Persembahan Anugerah Skrin 2013 akan memberi penghormatan kepada filem dan drama TV legend di hati penonton. Antara artis dan penyanyi yang akan buat persembahan ialah Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Waris, DJ Fuzz, Azlan & The Typewriter, Hafiz dan Adira. Saksikan juga penampilan istimewa daripada Elecoldxhot, Adam Corrie, Johan As’ari dan Genervie Kam pada malam itu.

Sementara itu, ASK 2013 akan bertemakan ‘konsep kaca’ yang dilihat sebagai refleksi kisah sebenar kehidupan masyarakat dalam drama dan filem.

Pengurus besar kumpulan pengurusan jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, elemen kaca itu akan diserapkan sepenuhnya pada malam anugerah tersebut menerusi set pentas, dekorasi serta pakaian dan tatarias para selebriti dalam menghidupkan suasana glamor.

ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Acara itu akan diadakan secara langsung dari stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini pada pukul 8.30 malam.

Gambar Selebriti di Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Hilal Azman

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Toi

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Pelancaran Anugerah Skrin 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet

The Biggest SpongeBob SquarePants Super Bouncy Playground