Rasa tak sempurna setiap tahun tanpa ber-Party EH! 20 Yang Anggun & Disenangi. Untuk setiap pemilik majalah EH! dan pengikut setianya, memang Party EH! adalah event yang wajib dihadiri setiap tahun, barulah happening. Haaa, itulah kata-kata pembaca setia EH! yang hadir. Rata-rata nampaknya ceria dan gembira dapat bertemu secara eksklusif dengan bintang kesayangan mereka.
[pullquote align=”right”]Lebih 30 orang selebriti yang hadir untuk bersua muka dengan lebih kurang 300 orang tetamu dan pembaca setia majalah urban nombor satu di Malaysia ini.[/pullquote]
Acara santai bertemakan warna pop ini diadakan dengan gaya yang happening dan santai di Vertigo Club, The Gardens, Kuala Lumpur. Budiey turut ke sana untuk melihat acara ini berlangsung dan ianya dianjurkan buat kali ke-13 dengan menampilkan idea baru dan wajah yang lebih segar.
EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi 2012 dibarisi selebriti yang hot dan cukup popular. Itu satu yang ohsem bagi pembaca EH! yang hadir kerana masa inilah mereka dan bertemu serta bergambar dengan artis.
Sebanyak 20 selebriti wanita cantik jelita lagi anggun akan diraikan bak bintang bergemerlapan pada parti tahunan majalah kegemaran ramai ini.