Party 20 Eh! Yang Anggun telah pun berlangsung pada jam 7.30 malam tadi 28 November 2010.
Budiey turut berada di sana untuk memberikan liputan dari karpet merah dan acara persembahan yang adakan di Zouk Club Kuala Lumpur, Jalan Ampang. Acara tahunan meriah anjuran majalah EH! ini adalah simbolik seiring usia majalah ini yang menjangkau ke 11 tahun.
Party ini diadakan dengan kerjasama Lancome yang turut menjadi penaja utama. Patutlah Budiey tengok ada hadiah perfume Lancome dalam goodie bag yang diberikan kepada setiap media. Terima kasih EH! dan juga Lancome. Memang harumannya sangat menawan. Sayangnya haruman tu untuk wanita. So, kena kasi kat orang rumah. 🙂
Selain Lancome, party ini turut mendapat kerjasama dari Suria FM sebagai radio stesen rasmi, Zouk Club sebagai penaja lokasi dan MPH Bookstores sebagai bookstore partner.
Budiey.com juga nak ucapkan tahniah kepada 20 orang selebriti wanita yang terpilih dan dinobatkan dalam senarai 20 Eh! Yang Anggun. Mereka adalah Aurora Salwa, Adira, Alyah, Ana Rafali, Diana Jalal, Faezah Ilai, Juliana Evans, Julie Woon, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Mimie, Nadia Fly FM, Najwa, Raja Ilya, Scha Al-Yahya, Shila OIAM, Siti Saleha, Stacy, Yuna dan Zizi.
20 orang selebriti ini dipilih dan diundi oleh pembaca setia EH!
Selain penampilan 20 orang selebriti terpilih ini, party ini turut mengumumkan nama 10 Lelaki Disenangi Pembaca Eh! Mereka ialah Akim, Sharnaaz, Naqib, Nas-T, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Shaz Jaszle dan Gambit. Tapi yang Budiey tengok hanya 3 orang sahaja yang hadir di pentas.
Menampilkan konsep glamor, event ini dihadiri oleh selebriti dan model. Lebih meriah lagi apabila seramai 300 orang pembaca juga turut hadir meraikan 20 Eh! Yang Anggun. Semua yang hadir disajikan dengan persembahan artis terkenal seperti Alyah, Iz Sulaini, Imran Ajmain, Ezlynn dan ramai lagi.
Dihoskan oleh Linda Onn, penyampai radio Suria FM, party ini digempakkan lagi dengan beberapa games yang melibatkan pembaca. Hadiah dan goodie bag juga turut diberikan kepada semua yang hadir.
Diana Jalal, seorang selebriti & model. Turut terpilih sebagai 20 Yang Anggun.
Daus yang turut perform dua buah lagu bersama gitaris dari band 9TreeO.
Model lelaki
Iz Sulaini yang mengenakan pakaian semuanya serba merah merona dari pereka Ezuwan Ismail.
Stailo Glam
Nas T yang turut terpilih sebagai 10 Lelaki Yang Disenangi
Juliana Evans
Wan Sharmila
Linda Onn yang menjadi pengacara party
Ezlynn
Sabhi Saddi
Siti Nordiana yang menggayakan rekaan dari Hamim Suraya. Juga turut sama perform single terbarunya.