Jam 3 petang semalam – 22 Oktober 2010, Media Prima Berhad telah mengumumkan senarai kandungan baru untuk tahun 2011 yang bakal merangkul capaian lebih jauh dari capaian tradisi rangkaian TVnya sebelum ini di Media Prima Television Networks Screenings 2011.
Seperti tahun sudah, screening yang diadakan di Pusat Konvensyen KLCC dihadiri oleh ramai klien, penaja, pengiklan, penggiat seni, selebriti dan juga media.
Dijangka pembentangan isi kandungan ini akan mencipta kesan berganda yang tidak dijangka apabila mengorak langkah mengikuti corak penggunaan media baru dan teknologi definisi tinggi (HD).
Stesen-stesen Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 bakal menawarkan rangkaian kandungan yang menarik sepanjang tahun depan. Dari siri TV luar negara yang pernah merangkul anugerah hinggalah drama tempatan yang pastinya menghiburkan.
Secara kolektifnya, 4 stesen Media Prima akan melaburkan RM200 juta bagi kandungan tempatan dan luar negara untuk memikat penonton dan pengiklan.
Antara dua program TV baru ialah drama Nilapura yang akan disiarkan di TV3, sebuah kisah cinta epik bersejarah yang berkisar tentang cinta, kuasa dan kesetiaan. TV9 pula akan menyiarkan Perang Chef di mana 2 chef terkenal dan 12 bakal tukang masak bersaing dalam cabaran mingguan yang penuh debaran.
Sejurus selepas screenings, semua yang hadir dijemput makan-makan sambil bersantai di post party. Di situ, Budiey ada temui beberapa orang selebriti.
Irma Hasmie
Juri OIAM
Sabhi Saddi
Ahmad Idham & David Teo
Hans Isac
Faradhiya
Pelakon Ady Putra
Nazim Othman
Daphne Iking
One Nation Emcees, dengarnya akan perform kat Korea sempena Pelancaran Air Asia X kat sana.
Fouziah Gous. Lamanya tak jumpa. Serius, makin kurus!
Arm
Nabila Huda
Aidil Ghafar
Umie Aida
Ziela Jalil
Eirma Fatima
Host Party – Daphne Iking
Aliff Satar
Jehan Miskin