Sesi red carpet ditukar nama sebagai purple carpet yang sebenarnya tidaklah berwarna purple. Bagi Budiey, warna karpet dia nampak macam sangat cair. Mungkin takde kos cukup untuk beli karpet yang betul-betul warna ungu. Bermula jam 7 malam lagi, selebriti jemputan diangkut dengan kereta-kereta antik pelbagai warna. Hujan lebat turun selepas 30 minit dan ramai peminat rela mandi kebasahan semata-mata nak melihat selebriti dari dekat. Masyaallah… korang nih!
Apa-apa pun, acara karpet ungu memang meriah dan selebriti jemputan yang menggayakan pelbagai fesyen.. berikut ni satu batch untuk korang tengok selebriti yang lalu di karpet ungu… ada banyak entri lagi akan menyusul selepas ini.
Dalam banyak gambar ni, Sasha Bashir paling cantik pakaian dia… Maya Karin pun memang elegan dan dia yang paling bermaya. Ada sorang pelakon tu bergaya macam Harry Porter walaupun muka dia sebijik macam Superman. Huhu!