Bilang saja majlis anugerah mana sekali pun, pastinya acara red carpet akan ditunggu-tunggu oleh peminat untuk melihat selebriti pujaan mereka secara lebih dekat. AE kali ini dihamparkan dengan karpet hijau sempena warna tema. Nampak tak berapa menyerlah sangat. Bagi selebriti, inilah masanya untuk melaram sakan. Fesyen yang dikenakan perlu mengikut tema acara. Setidaknya sesuai dengan majlis.
Anugerah Era saban tahun punya temanya sendiri dan tahun ini, Trend & Tradisi. Walaupun trend menjadi ikutan, tradisi jangan dilupakan. Kebanyakan selebriti tampil dengan tema menggabungkan fesyen moden dan diselitkan dengan fabrik kain tenunan songket, batik Melayu ala Nusantara dan stail Bali. Hasilnya, akan nampak ketara fusion dan mixture yang caca marba saya kira. Ehem… saya pun tak reti dan jahil pasal fesyen. Jadi, tak yah lah nak cakap pasal fesyen secara terperinci. Asalkan kena gaya dan sesuai dipandang mata, kira dah okaylah kan?
Ini gambar Jojie, Ella dan Misha masa dalam dewan Arena of Stars… saje nak buat teaser… gambar lain akan menyusul.
Saya lihat, pereka fesyen pun turut ikut dari belakang menemani artis. Budiey sempat bertemu dengan peserta Project Runway Malaysia, Hatta Dolmat yang merias fesyen bagi dua orang artis. Alamak lupa lah… kalau tak silap Nana ke? Seorang lagi peserta Project Runway Malaysia, Zery Zamri mencipta fesyen untuk Ratu Rock Ella yang berbelah kat tengah.. ops! Yanie menampilkan rekaan menawan daripada Rizman Ruzaini yang turut mencipta baju untuk Dafi dan Siti Nurhaliza? Selain mereka fesyen untuk Nikki dan Ning Baizura, Jovian Mandagie juga turut sama membawa rekaan fesyen paling kontroversinya yang sepatutnya dipakai oleh Linda Onn ketika berada di Anugerah Oscars. Antara selebriti yang lalu di karpet hijau, Mila AF5, Mawi, Vince, Faizal AF4, Linda Onn, Fahrin, Yani, Nikki, Idayu, Aizat, Bob, Mas, Reza, Diddy, Farah, Farhan, Ebi, Hattan, Adam, Ella, Sarimah, Rosma, Khai, Sahri, Haziq, Dayang Nurfaizah, Nabil dan Datuk Siti Nurhaliza serta ramai lagi.
[tags]Mila AF5, Mawi, Vince, Faizal AF4, Linda Onn, Fahrin, Yani, Nikki, Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Project Runway Malaysia, Idayu, Aizat, Bob, Mas, Reza, Diddy, Farah, Farhan, Ebi, Hattan, Adam, Ella, Sarimah, Dayang Nurfaizah, Nabil dan Datuk Siti Nurhaliza, fesyen artis, youtube artis, blog selebriti melayu[/tags]