Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2011
Walaupun sudah seminggu Anugerah Blokbuster sudah melabuhkan tirainya, namun masih ramai yang memperkatakan tentang anugerah yang buat julung-julung kalinya diadakan itu.
Hamparan permaidani rona pelangi sebagai menyahut tema Cetusan Blok Warna ternyata mendapat sambutan baik daripada kebanyakan selebriti popular tempatan yang hadir ke majlis berkenaan.
Kebanyakan selebriti wanita tampil dengan gaun koktel yang tidak mengecewakan dan artis lelaki pula ada sebilangannya mengambil sambil lewa dengan penampilan mereka,.
Malah tidak diduga juga apabila dua aktor popular Shaheizy Sam dan Aaron Aziz muncul dengan gaya sangat santai dengan penampilan kasual masing-masing.
Di belakang tabir pula, beberapa selebriti popular sempat berkongsi aksesori peribadi masing-masing sebagai aset fesyen yang akan digayakan pada majlis berkenaan. Antaranya Amy Search, Marsha Milan, Thanuja dan Scha Al-Yahya.
Manakala aktres muda, Nabila Huda berjaya menjadikan laluan Karpet Blokbuster semakin hangat apabila dia tampil dengan gaun malam bewarna hitam rekaan Alia Bastamam yang menunjukan betis dan bahagian perut serta dada. Memang seksi.
Nabila Huda
Scha Alyahya
Dynas Mokhtar
Umie Aida
Awal Ashaari
Nabila Huda
Marsha & Mia Sara Nasuha
Hanez Suraya
Fikri
Amy Search
Sleeq
Hans Isaac & Ziana Zain
Yana Samsudin
Zain Saidin
Karl Shafek
Jazzy Rashid
Nadia Nisaa