Majlis Anugerah MACP pada Jumaat lalu (18 April lalu) dimulakan dengan acara permaidani merah yang bersiaran langsung selama 15 minit sebelum jam 9 malam. Budiey turut berada di Auditorium Penyiaran RTM Kuantan untuk mengambil gambar fesyen selebriti. Terima kasih kepada RTM yang sudi menaja Sensasi Selebriti untuk membuat liputan khas di Kuantan. Walaupun kerjanya agak memenatkan, namun ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Bersiaran langsung selama 2 jam, Anugerah MACP turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ash Nair, Hafiz Hamidun, Azfar OIAM, M Nasir, Silent Scream, Ramlah Ram, M Nasir, anggota Spider, Hattan, Fredo, Farah, Zubir Ali, Juwita Suwito, Noryn Aziz, Anne Ngasri, Pak Ngah, Meet Uncle Hussein, Nassier Wahab, Noryn Aziz, Mohaizam, Alif Azfar.
Macam-macam fesyen kita dapat lihat. Namun, ramai selebriti tampil dengan agak simple dan sederhana. Mentang-mentanglah Anugerah MACP ini tidaklah segah dan seglamour anugerah-anugerah yang lain, ramai artis hanya mengambil langkah selamat.
Budiey kira busana Datuk Siti Nurhaliza agak klise, malah ada yang mengatakan seperti pakaian tidur kelawar suri rumah dan warnanya tidak menyerlah. Pakaian Noryn Aziz agak garang dengan rona merah menyala rekaan Bill Keith. Manakala Ziana Zain memilih jalan pintas lantaran mengusung baju yang dipakainya ketika Sidang Media Minggu Setiausaha Rafflesia. Eloklah tu ya, recyled! M. Nasir sangat selesa dengan kemeja berlengan panjang dipadankan dengan jeans. Isunya, sesuai ke?
Pasangan Sehati Berdansa
Bob AF2 kemas dan rapi
Ala kabaret Noryn yang merah merona
Juwita sambut Raya Cina kah?
Kelawar Jingga Siti?
Malaysian Idol ke Mainstream Ash Nair
Gaya otai rockers awal 90an, Burn vokalis Meditasi
Hafiz rupanya suka dengan rekaan Key Ng
Azfar pilih warna asas hitam putih dan jaket denim
Penyanyi lama masih tetap baru kalau tampil bergaya.
Lelaki Melayu Terakhir ini sekadar sempoi dengan kemeja dan Jeans?